Tuesday, September 25, 2012

My JanT0ng ati

Pada bulan NoVember 2011, terdetik ingin mencari teman suka duka...

Pertama kali aku melihat kau, jantungku berdegup laju...

Gayamu, membuatkan hatiku luruh dan terpukau...

Setelah seharian memikirkan perlawaan ibuku untuk kau menjadi temanku...

Ibuku pergi meminang...

Di hari kau menjadi milikku...

Kau, aku jaga rapi seperti diriku...

Setelah 6 bulan kita bersama, kau dan aku terlibat dalam satu kemalangan jalanraya...

Aku cuba untuk berdiri, tapi lemah di bahu jalan...

Orang ramai menolongku, dan kau pula hanya kaku dan mengalami kecederaan...Walaupun zahirnya tidak kelihatan...siapa tahu kecederaan dalaman???

Aku lemah, kakiku mati, hampir sejam aku tak mampu berdiri...kau pula, beranikan diri untuk terus membawaku ke klinik...

Setiba di rumah, abangku pesan agar aku bawa kau ke hospital dengan segera, kerana kau mengalami kecederaan yang teruk...

Keesokkan harinya, aku bawa kau ke hospital untuk berjumpa pakar...

Pembedahan berjaya, aku bersyukur kau pulih...

Aku bangga memiliki teman yang sentiasa bersamaku dikala suka dan duka...

LOVE YOU MORE!!!! (PKJ 120)


0 Pengomen Handalan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...