Lahirnya seorang insan...
Abang sudah besar, adiknya (kakak) pula baru sahaja belajar untuk melangkah. Abang memang nakal. Suatu masa dahulu, abang pernah menjadikan rumah sebagai 'syurga'. Ibu yang keletihan baru sahaja ingin berehat, lalu terus terlelap. Abang dalam diam-diam, mula mengambil sebotol bedak. Dengan hati yang gembira dan penuh keriangan itu, abang menabur sedikit demi sedikit dari ruang tamu sampai ke dapur. Alangkah indahnya dunia kanak-kanaknya meluncur di dalam rumah. Berbagai aksi yang abang buat, antaranya meluncur salji, berenang, bermain salji dan sebagainya.
Setelah ibu terjaga dari tidurnya, alangkah terkejutnya ibu melihat anaknya itu. Tergamam ibu melihat abang sedang khusyuk berenang di tengah-tengah rumah. Ibu geram melihat anaknya yang menambah kerjanya untuk mengemas rumah. Ibu membersihkan satu rumah, lalu dibiarkan sahaja anaknya setelah abang dimandikan. Perlahan-lahan ibu menyapu, sesudah itu dicuci lantai pula. Pada masa itu, lantai rumah masih menggunakan tikar getah. Ibu benar-benar lena pada malam itu.
Di suatu petang, abang bergitu seronok bermain di ruang tamu. Adiknya (kakak) pula, baru sahaja belajar melangkah. Abang panjat kerusi, teringin pula kakak melakukannya. Kakak pun, memulakan langkahnya. Ibu sedang sibuk di dapur, tergerak ingin melihat telatah anaknya. Apabila melihat kakak sudah bersiap sedia terjun dari meja di ruang tamu. Ibu dengan pantas menghalangnya terjun dari meja.
Hari ini, ibu cuti. Ibu memandikan kakak lalu di biarkan lena di dalam buai. Ibu naik ke atas untuk menyidai kain di ampaian. Terdetik hati ibu, "baik pula anak aku hari ni...senyap saja...". Abang sibuk dengan mainannya. Ibu dengan perlahan ingin melihat anak yang berada di buai. Terkejut melihat anaknya keras kaku dan matanya ke atas (sawan). Tanpa berlenggah, ibu segera membawa kakak ke klinik yang berhampiran bersama abang. Lalu di tinggalkan abang bersama kakak, kerana ingin pulang mengunci pintu rumah yang terbuka luas. Kembalinya ibu di klinik, anaknya sudah pulih. Selepas kejadian itu, kakak di beri perhatian penuh oleh ibu apabila badannya mulai panas.
Kakak membesar dengan cepat, kakak terlalu rapat dengan abangnya. Perangainya sama sahaja dengan abang. Lasak, nakal, degil dan lain-lain. Apabila abang sibuk bermain dengan temannya, kakak pun hendak sibuk juga. Suatu petang, ibu melipat kain di dalam bakul. Kakak pula, ingin mengambil baju di bilik. Kakak terus menarik baju yang ingin dipakai begitu sahaja. Habis baju yang penat disusun rapi di dalam almari. Kakak turun dengan baju yang baru di ambilnya itu, ibu pula hendak naik di atas ingin menyusun baju-baju yang baru sahaja dilipat. Ibu kemas semula, baju yang bersepah. Apabila turun, baju yang baru dilipat pula di tarik. Ibu mengejar anaknya, makin dikejar makin banyak baju yang ditarik. Kakak tersenyum lebar melihat telatah ibunya.
Akhirnya, setelah 9 bulan dalam kandungan. Tanpa sebarang masalah perubatan mahupun ibu atau anak semasa kehamilan, bayi tersebut (kakak) selamat dilahirkan ke dunia. Nyaring kedengaran suara bayi (kakak) sejurus dikejutkan dari tidur. Biar pun lahir ke dunia dengan menggunakan sedikit teknologi perubatan (pembedahan-LCSS) atas dasar kesihatan ibu yang mempunyai penyakit asma.
Siapa mahu jaga?...
Ayah dan ibu, masing-masing bekerja untuk mencari rezeki untuk anak-anak. Anak masih kecil, tiada siapa yang boleh menjaga mereka sepenuh masa. Beberapa hari kemudian, ayah dikenalkan dengan sepasangan suami isteri yang sanggup mengambil upah menjaga anak-anak mereka. Begitu berat ibu ingin meninggalkan mereka di rumah penjaga. Setiap masa, ibu akan terkenangkan anak-anak mereka semasa ditempat kerja.
Ragam anak-anak...
Abang sudah besar, adiknya (kakak) pula baru sahaja belajar untuk melangkah. Abang memang nakal. Suatu masa dahulu, abang pernah menjadikan rumah sebagai 'syurga'. Ibu yang keletihan baru sahaja ingin berehat, lalu terus terlelap. Abang dalam diam-diam, mula mengambil sebotol bedak. Dengan hati yang gembira dan penuh keriangan itu, abang menabur sedikit demi sedikit dari ruang tamu sampai ke dapur. Alangkah indahnya dunia kanak-kanaknya meluncur di dalam rumah. Berbagai aksi yang abang buat, antaranya meluncur salji, berenang, bermain salji dan sebagainya.
Setelah ibu terjaga dari tidurnya, alangkah terkejutnya ibu melihat anaknya itu. Tergamam ibu melihat abang sedang khusyuk berenang di tengah-tengah rumah. Ibu geram melihat anaknya yang menambah kerjanya untuk mengemas rumah. Ibu membersihkan satu rumah, lalu dibiarkan sahaja anaknya setelah abang dimandikan. Perlahan-lahan ibu menyapu, sesudah itu dicuci lantai pula. Pada masa itu, lantai rumah masih menggunakan tikar getah. Ibu benar-benar lena pada malam itu.
Di suatu petang, abang bergitu seronok bermain di ruang tamu. Adiknya (kakak) pula, baru sahaja belajar melangkah. Abang panjat kerusi, teringin pula kakak melakukannya. Kakak pun, memulakan langkahnya. Ibu sedang sibuk di dapur, tergerak ingin melihat telatah anaknya. Apabila melihat kakak sudah bersiap sedia terjun dari meja di ruang tamu. Ibu dengan pantas menghalangnya terjun dari meja.
Hari ini, ibu cuti. Ibu memandikan kakak lalu di biarkan lena di dalam buai. Ibu naik ke atas untuk menyidai kain di ampaian. Terdetik hati ibu, "baik pula anak aku hari ni...senyap saja...". Abang sibuk dengan mainannya. Ibu dengan perlahan ingin melihat anak yang berada di buai. Terkejut melihat anaknya keras kaku dan matanya ke atas (sawan). Tanpa berlenggah, ibu segera membawa kakak ke klinik yang berhampiran bersama abang. Lalu di tinggalkan abang bersama kakak, kerana ingin pulang mengunci pintu rumah yang terbuka luas. Kembalinya ibu di klinik, anaknya sudah pulih. Selepas kejadian itu, kakak di beri perhatian penuh oleh ibu apabila badannya mulai panas.
Kakak membesar dengan cepat, kakak terlalu rapat dengan abangnya. Perangainya sama sahaja dengan abang. Lasak, nakal, degil dan lain-lain. Apabila abang sibuk bermain dengan temannya, kakak pun hendak sibuk juga. Suatu petang, ibu melipat kain di dalam bakul. Kakak pula, ingin mengambil baju di bilik. Kakak terus menarik baju yang ingin dipakai begitu sahaja. Habis baju yang penat disusun rapi di dalam almari. Kakak turun dengan baju yang baru di ambilnya itu, ibu pula hendak naik di atas ingin menyusun baju-baju yang baru sahaja dilipat. Ibu kemas semula, baju yang bersepah. Apabila turun, baju yang baru dilipat pula di tarik. Ibu mengejar anaknya, makin dikejar makin banyak baju yang ditarik. Kakak tersenyum lebar melihat telatah ibunya.
bersambung...
Di alam persekolahan...
Kini, kakak sudah pun berusia lima tahun. Sudah tiba masanya, kakak melangkah ke alam persekolahan. Kakak begitu teruja dengan suasana alam persekolah. Hari pertama persekolahan, kakak menegur kawan-kawan sekelas dengannya. Ibu senang melihat telatahnya.
Hari berganti hari, kakak mula takut hendak ke sekolah. Setiap hari, ada sahaja kerenahnya. "Kakak tak nak pergi sekolah, budak tu selalu kacau kakak...". Kadangkala, kakak menangis setiap kali pulang ke rumah.
"Siapa yang buat kakak macam tu...?", ujar ibu.
"Ada budak tu...", kakak membalas.
"Siapa...?", ibu bertanya lagi.
"Lily dengan Enot...", ujar kakak sambil tersedu-sedu.
"Ala, budak tu kecil je..kakak kan lagi besar...malu la kakak nagis...", ibu menjawab.
Kakak terus terdiam, lalu terus termenung sendirian.
Selepas beberapa hari kemudian, kakak mulai rapat dengan Lily dan Enot. Setiap petang, kakak selalu pergi bermain bersama mereka.
Selepas berbaik dengan Lily dan Enot, kakak sering dibuli pula oleh kawan-kawannya yang lain. Setiap minggu ibu beli alat tulis untuk kakak, dan setiap minggu itu juga alat tulisnya hilang walaupun telah ditulis nama pada penghujung pensil. Bukan sahaja alat tulis, tetapi kakak mengadu gula-gula yang dibeli sebelum ke tadika pun turut hilang.
Setiap hari, selepas waktu tamat persekolahan kakak selalu mengintai tadika di sebelah. Kakak teringin belajar di tadika tersebut. Kelihatan suasananya sangat ceria, dan setiap hari mereka melakukan aktiviti yang berbeza-beza berbanding dengan sekolah tadika yang kakak belajar.
Sampai satu ketika, di usia kakak enam tahun. Kakak memberitahu pada ibu bahawa dia ingin belajar di tadika kemas yang bersebelahan dengannya. Pelbagai alasan yang diberikan, lalu ibu mengizinkan kakak bertukar di Tadika Kemas.
bersambung...
0 Pengomen Handalan:
Post a Comment